Thursday, August 25, 2016

Cheesekut Strawberry


Assalammualaikum 


Harini saya nak kongsi resepi senang mudah kebaboom!! Saya buat resepi ni sempena potluck kat opis haritu.. jadi harini baru berkesempatan nak buh kat sini.. moga-moga apa yang saya kongsi ni boleh dijadikan panduan untuk saya dan kengkawan semua dikendian hari.... insyaAllah...

Bahan-bahan tak susah pun nak cari cuma ada stok ngan tak de je.. saya cari semua dekat pasaraya Hero Sg Besi je.. Alhamdulillah semua cukup. 




Bahan-bahan :
- beberapa keping biskut deluxe (ori ye jgn sayur plak..)
- 250g cream cheese
- 1 kotak kecik susu segar 
- 1/2 tin susu pekat
- sedikit milo @ nestum @ oreo (ikot suka)
- buah strawberry utk hiasan


Moh ler teman ajar cara untuk buatnya.. moga senang dihadam yer..  :D





Langkah pertama : Masukkan setengah tin susu pekat dan 250g cream cheese ke dalam mangkuk adunan. kalau suka manis boleh tambah susu tu. Bagi saya setengah tin tu pun dah cukup manis.. kalau kurang rasa manis juga sila buat dengan senyuman insyaAllah tambah manis.. cia..cia..cia...




Langkah kedua : putar sehingga kembang adunan tadi. kalau tak da mixer boh jer dalam blender tu.. tapi makesure bersih dari rasa cili ka bawang ka.. kang tak pasal-pasal jadi cheesekut perisa pedas plak.. okay pas adunan da kembang masukkan sikit susu segar tadi dalam 4 sudu. susu ni boh sikit jer nak bagi adunan tak pekat sangat.




Langkah ketiga : tuangkan balance susu segar tadi dalam mangkuk. saya guna pinggan ikea yang warna warni tu. celupkan biskut terbalik-balikkan dalam 8 saat gitu. JANGAN bagi kembang yer. kang susah pulak nak angkat nyer. sekejap je.. pastu susun dalam bekas.




Langkah keempat : susun biskut molek-molek, pastu letakkan adunan cream cheese tadi. ikot korang la nak letak banyak ke sikit ke. tapi jangan le nipis sangat lapisan cheese tu. kedekut pulak nanti orang kata!! hihihi




Langkah kelima : selesai layer cheese tadi kita taburkan pulak milo ka nestum ka oreo ka.. ikot selera masing-masing. saya letak milo sebab tu jer yang ada kat rumah. hiks! lepas tu buat layer seterusnya ikot langkah sebelum ni. celup susun cheese milo celup susun cheese milo sampaila habis....

TADAAAA!!!!!


Langkah akhir : Langkah terakhir adalah hiasan. disebabkan adunan ni dah penuh dengan kemanisan jadi saya buh strawberry sebagai hiasan. jadi ada rasa manis dan masam. Balance!  Untuk hiasan terpulang pada empunya tukang buat. nak hias boleh tak hias pun boleh. dah cakap tadikan ikot tekak masing2. Alhamdulillah siap da cheesekut strawberry saya. 


Selamat Mencuba sayang-sayang sekalian.



No comments:

Post a Comment