Assalammualaikum..
Alhamdulillah Malaysia telah mencapai Kemerdekaan yang ke - 59. Semoga Malaysia dan rakyatnya sentiasa di bawah rahmatNya. Sambutan Merdeka tahun 2016 ni saya telah ambil bahagian dalam acara perbarisan mewakili Jabatan KDNKA untuk kontijen PERKEP Malaysia. PERKEP Malaysia ini adalah Persatuan Keluarga Polis DiRaja Malaysia.
Aku start raptai dari 27 Ogos 2016 sehingga harijadi iaitu 31 Ogos 2016 di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Dah lama rasanya aku tinggalkan aktiviti kawad kaki ni.. 1st day join tu blh tahan jugak krem kaki ku ini.. tangkap betis betul la.. sampai arini blh terasa kepenatan dier lagi.. tak selalu eksesais gini la jadinya.. padan muka!! kahkahkah
 |
| Day 1st |
Kitaorang start kawad dari Kompleks Dayabumi sampai la depan Sogo. jauh kan? tapi kalau jalan lenggang kangkung aku rasa tak de la sakit kaki sangat tapi ni dalam perbarisan. korang tau la nak kena jaga line la.. da la aku ni rendang nak kena langkah beso plak nak kejar orang depan. tak ke haru tu.. HAri pertama kitaorang pakai Tshirt rasmi PERKEP Malaysia.. kaler pink gitu.. suuwwiittt... hihihi
 |
| Day 2 |
 |
| Sahabat NCT Taiping |
Hari ke-2 kitaorang diberi tshirt Merdeka yang ditaja oleh PDRM.. Kaler hijau pulak.. I like! Orang bagi free kan sapa tak suka ye dak?.. kihkihkih.. Hari kedua ni sempat la berjejak kasihan dengan ex kolej aku masa kat Taiping dulu.. Tapi kami berbeza darjat.. aku hanyalah semut merah... huhuhu.. Seronok tengok kawan2 berjaya ni.. Mana tau lepas ni rezeki aku plak kan.. kehkehkeh..
Masa raptai ni la yang macam2 kejadian berlaku.. kelakar je.. ada yang tapak kasut tercabut.. da balik jalan berkaki ayam.. kikiki.. yang pakai tumit tinggi plak.. da mengengkang jalan nyer.. aduhai.. macam2 kejadian.. kikiki aku tukang gelak je.. jahatkan aku.. kahkahkah.. Untung kalau datang raptai penuh ni.. kita blh bergambar tgh2 jalan.. kalau harijadi dah penuh orang.. pantang berganjak sikit orang da tolak2.. moh ler layan gambar2 raptai ni.. gambar harijadi akan menyusul kemudian ~~~~
 |
raptai penuh
|
 |
| geng Bakat |
 |
cer cari mana aku.. hiks!
|
 |
| gemok is ohsem!! hahaha |
No comments:
Post a Comment