Thursday, September 22, 2016

Pulut Kuning Untuk Hari Lahir Adik


Assalammualaikum...

Alhamdulillah pada tanggal 10 September 2016 anak ummi da genap 3 tahun.. Allah berikan kesihatan yang baik untukmu nak.. Demam sikit2 tu tak per la semua tu untuk uji kesabaran ummi dan babah.. Kami terima janji kamu ada di sisi kami..

Sempena hari lahirnya yang ke 3 jatuh pada bulan Zulhijjah 2 hari sebelum Raya Haji jadi tahun ni takder kek mahal2.. Ummi da niat buatkan pulut kuning untuk anak teruna ummi ni.. Takde niat lain selain memohon kerahmatan dari yang Esa., 

Adik ngan kek pulut kuning.. tengah2 tu serunding..

Ummi dan Babah doakan adik ( Muhammad Daiyan Durrani ) sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, mudah terima ilmu, jadi anak yang soleh pada ummi dan babah, taat pada agama. Jauh mana pun adik merantau nanti doa ummi sentiasa mengiringi adik.. Ummi sayang adik sangat3!! Terima kasih kerana menceriakan hidup ummi, babah dan abang. We love u Adik!!

Alhamdulillah Raya Haji tu siap jugakla pulut kuning untuk anak ummi.. walaupun takde pengukus ummi berusaha jugak godek2 periuk, kuali kat dapo tu untuk jadikan pengukus.. boleh jer pakai periuk nasi tapi macam tak best je.. hihihihi... 

Ni 1st time jugak aku buat pulut kuning ni.. Alhamdulillah cantik kejadiannya. Da ada hero haruslah ada heroin nyer jugakkan.. Jadi aku buatkan rendang daging sebagai pelengkapnya.. Kat sini aku just kongsikan ikot bahan dan cara aku tak copy dari mana2 blog.. Semua aku tanya mak aku.. Semoga mak diberikan kesihatan yang baik untuk tunjuk ajar aku lagiii.. Kalau korang nak ikot cara aku dipersilakan aku halalkan... Semoga ilmu kita berpanjangan.. bagiler kredit sikit kat aku yer.. hihihihi nak jugakkkkkk... hiks!

Pulut Kuning 

Bahan-bahan:
1 kg beras pulut
1 keping asam keping
Santan
Garam 
Daun Pandan
Air
Serbuk Kunyit

Cara-cara:
1. Basuh beras pulut kemudian campurkan air, serbuk kunyit, asam keping dan hero kita beras pulut. Rendam semalam. Tujuan penggunaan asam keping adalah untuk bagi pulut kelihatan berkilat.

2. Selepas semalaman toskan beras pulut. Panaskan periuk pengukus. Masukkan beras pulut dan daun pandan yang telah di toskan ke dalam loyang.

3. Bila air periuk pengukus da mengelegak, masukkan loyang beras tadi ke dalam pengukus dan kukus selama 1 jam.

4. Sementara itu, bancuh santan bersama garam. Selepas 1 jam, keluarkan pulut tadi dan masukkan ke dalam bekas bancuhan santan tadi. gaul sehingga rata. 

5. Masukkan semula pulut tadi ke dalam pengukus untuk 1 jam lagi atau sehingga masak. Siap!


style aku kukus.. tiada pengukus.. asal boleh!!

Rendang Daging

Bahan-bahan :
1kg Daging
1/2 kg Santan
Daun kunyit
Kerisik

Bahan Tumis :
Bawang merah
Bawang putih
Cili kering 
Cili padi (sikit je)
Halia
Kunyit
Lengkuas
Serai

Cara-cara :
1. Blenderkan semua bahan2 untuk menumis tu.. Maafla aku tak pandai nak buat anggaran bahan. pandai2 korang la yer..

2. Tumis semua bahan yang telah diblend tadi.. tumis sehingga pecah minyak.. 

3. Masukkan air asam jawa, garam, gula secukup rasa. Kemudian masukkan daging gaul2 sekejap bagi daging mesra dengan rempah ratus. Kemudian masukkan air. Bajet2 untuk empukkan daging.

4. Bila daging da empuk sikit, air pun da kurang masukkan kerisik, santan dan taburkan daun kunyit yang telah diracik.. 

5. Masak sehingga kering.. Kalau jenis suka berkuah jgn kasi kering sangat. Pandai2 la yer ikot selera masing2.. Rendang daging ni kalau masak lagi lama lagi sedap.. 

6. Pastu korang rasa la dulu masam masin manis pedas dia.. kalau da ok tgk plak daging tu empuk ke tidak.. kalau empuk dah siap la tu kalau belum korang biarlah lama sikit.. kang tertanggal plak gigi tetamu makan daging keras berdentung tu.. hiks.. Sedia untuk dihidang.. (Gambar da siap tak sempat nak amik.. kelam kabut nak balik rumah mertua..)


daging perap..


Tak susah mana pun nak memasak ni.. Cuma mood tu kadang2 terbenam ke dasar laut tu yang payah.. hihihihih tak masak kang lapo pulak laki ngan anak-anak.. ye tak ibu2 sekaliann.. hihihihi

Selamat mencuba saiyang-saiyang sekalian.. 




Salam Zulhijjah,
Azlinajaya










No comments:

Post a Comment