Thursday, September 08, 2016

Anak aku nak sekolah dahh...


Assalammualaikum...

Alhamdulillah.. Tahun 2017 nanti anak sulung aku da nak  masuk alam persekolahan.. Rasa macam baru jer peluk dia masih berbedung.. Uh!! Perasaan mak-mak sangat kaann... hahahaha

Aku dapat off sempena join perbarisan hari Merdeka haritu. So off pun macam tak off sebab nak setelkan urusan pendaftaran anak sulung aku tu.. Lepas sarapan berdesup la aku laki bini g opis masing-masing.. bukan kerja tapi nak amik dokumen.. bijak pandai.. surat beranak anak sepatutnya tinggalkan kat rumah ni aku g tinggalkan kat opis.. kan dah mendapat.. laki aku pulak g opis nak amik payslip.. da siap segala bagai pergilah amik gambar pulak, photostat semua dokumen.. kelam kabut la jugak sebab nak setelkan sebelum jam 2pm... nanti kalau hantar borang lambat penuh la gamaknya.. paham-pahamla sekolah gov ni.. kalau penuh kang tercampak jauh pulak.. nak ku hantar ke swasta uhuks! tersedak plak.. hiks..




Darwisy, belajar bersungguh-sungguh yer.. Ummi dan Babah hanya mampu membimbing awak ke arah kebaikan tapi yang menentukan masa hadapan awak adalah diri sendiri dan aturan dariNYA... Ummi dan babah doakan yang terbaik untuk semua anak-anak ummi yang tersayang.. Semoga abang peroleh kejayaan di dunia juga di akhirat. We love u So much!! Maafkan ummi and babah jika ada salah silap dalam membentuk jatidiri kamu wahai anak.. senafas yang ku hela di bumi Allah ini tidak sekalipun ummi melupakan kamu.. I LOVE YOU Muhammad Daiyan Darwisy.


ummi yang syahdu,
Azlinajaya

No comments:

Post a Comment