Friday, September 09, 2016

Merdeka Malaysia ke 59


Assalammualaikum

Entry yang lepas aku ada cerita tentang raptai perbarisan kan? Kat sini . Harini aku nak cerita tentang harijadi nya pulak.. Eh! bukan tiup-tiup lilin tau.. maksud aku hari betul-betul Merdeka tu 31 Ogos.. hihihihi

Team KDNKA
Selepas macam-macam kejadian yang berlaku masa raptai penuh tu.. Dapatlah post mortem dalam group Whatsapp.. teguran dari pihak atasan untuk penambahbaikan.. Alhamdulillah dari post mortem tu kitaorang dapat tudung kaler putih FREE weiiii.. Ariani lagik.. hhahaha ini semua disebabkan tiada keseragaman kaler serta bentuk tudung.. huntung la wei.. leh simpan nanti ada meeting tak yah susah2 nak cari tudung.. kakakaka Terima Kasih pihak penaja yang baik hati..

Tudung Baru..
Malam tu aku tidur di rumah mertua aku sebab nak senang naik lrt.. kalau nak bawa kereta kesian plak kat anak-anak aku nak menapak.. Aku kena ada di Dataran jam 6.30 pagi.. So lepas solat subuh sepantas kilat aku nak kejar train. aku sampai kat dataran lebih kurang jam 6.15 pagi Dataran da penuh weiiii... tak balik agaknya dorang ni.. haishhh

Pagi tu kebanyakan kawasan di sekitar Kuala Lumpur hujan. Termasuk Dataran. tapi tak la selebat di kawasan lain. Sarapan pagi tu nasi goreng dengan air mineral. Apa? Teh tarik? Nak teh tarik g beli kat cafe Dayabumi nun.. Hamboi kekwat! hiks

Masa ni ada wow factor kat tgh2 Dataran
7.30 pagi kitaorang da masuk barisan.. tapi dok melangut jugak la nak tunggu turn.. kalau yang duduk betul-betul kat Dataran memang akan nampak persembahan abang-abang askar and polis buat lakonan.. best wooo!! pomm sana bengg sini dengan kereta polis helikopter polis lagik.. rugi tak tengok.. Aku lah di antara orang yang rugi ituuuu.. huhuhu

8.45 pagi kitaorang pun berarak ke Dataran.. Nampak la Datuk Lee Chong Wei ngan atlet yang menang Olimpik Rio atas bas utk berarak tu.. time ni tak dan nak kluar snap gambo bagai.. silap kang tergolek kat depan tu.. hihihi.. Sampai je laluan yang betul kena senggih sampai nampak gigi sambil lambai2 jalur gemilang yang dorang bagi tu.. Lalu la depan Royal Box tu nampaklah Agong PM dan menteri2 Malaysia.. kikiki.. dan teruskan perjalanan hingga ke Sogo. Eh bukan sogo tau tapiii....

Huish!! orang yang dah biasa buat perarakan ni mmg cakap tahun ni lebih ramai daripada yang biasa.. memang pun!! aku yang 1st time join pun sesak.. Barisan kitaorg sepatutnya ada 8.. sampai jer dekat DBKL barisan ntah ke mana sebab jalan semakin sempit.. da bertabur jadinya.. tapi tetap jalan jugak.. Yang tambah sesak nye, sepatutnya pitstop kitaorang kat Sogo.. tapi terpaksa terus sampai ke Pertama Complex sebab tak blh nak stop orang ramai sgt.. pergh!! penangan aku masuk Perbarisan kot.. kakakaka Perasan!!!!

Da abis perarakan.. nak g jumpa anak2 kena ikot jalan blkg.. depan dah sesak!!
Okaylah kengkawan.. sori entry Merdeka ni lambat sikit.. jom layan gambar glamer akak yang tak seberapa ni.. hiks

Akhirnya jumpa family saya!! TQ for your support!! 





Yang chomel berbaris,
Azlinajaya

No comments:

Post a Comment