Friday, October 21, 2016

Naik Mini Train di IOI Putrajaya


Assalammualaikum

Beberapa hari lepas sambutan hari raya Aidiladha haritu saje la nak reward untuk si adik ni.. Besday boy la katakan.. Setiap kali datang sini mesti dia nak naik train ni.. Tapi macam-macam alasan ummi bagi.. hihihihi.. So hari kejadian tu, ummi pun belanjalah anak-anak ummi.. hihihi.. Pulak masa ni babah nyer balik awal.. so bolehlah amik anak-anak awal.. kalau tak pukul 6 lebih baru dapat kumpul semua.. huhuhu.. Dalam kereta baru la bincang nak g mana.. Nak bagi ikan makan dekat mines tu macam da selalu sangat.. tetibe teringat train ni.. so terus la roda tayar keretaku berpusing ke IOI Putrajaya..

District 21 IOI Putrajaya
Kalau yang da biasa datang sini mesti da tau lokasi kan.. tapi buat yang tak tau.. lokasi mini train ni kat bahagian District 21 atas sekali... District 21 ni adalah games lasak tapi indoor punya.. tak tengok pulak harga utk games kat dalam tu.. maaf yer.. sebab target hanya untuk anak-anak je.. hihihi.. Bahagian atas sekali ni sesuai untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.. sebab ada bumper car, Carousel, kereta kecik yang ibu/ayah control, mini train dan ada la lagi kat bahagian tepi tu.. tapi kebanyakkan nya sesuai untuk kanak-kanak..

Harga Tiket
                                                                       
So si babah pun belikan la tiket kat kaunter belah dalam tu.. Rm 5.00 untuk seorang.. Kanak-kanak bawah 2 tahun adalah FREE.. Beli 3 tiket je.. Babah yang teman anak-anak naik train.. Ummi hanya photographer sahaja.. hhhihihihihi

mereka bertiga je beratur
Masa kitaorang sampai tu train baru jer gerak. Lepas dah beli tiket, tunggu train datang.. Disebabkan masa kitaorag datang tu adalah weekdays jadi hanya kitaorang sahaja yang beratur.. hahahaha.. Rasa kalau time weekend tu mesti ramai yang datang.. Dan yang bestnya jugak.. hanya anak-anak aku je yang naik train tu.. Sepanjang-panjang gerabak tu cuma satu jer yang penuh iaitu gerabak anak-anak aku dan laki aku.. hiks! Train  tu akan buat 2 pusingan kalau tak silap.. Okaylah puas juga anak-anak aku naik.. Yang penting dorang happy.. Takde la pasni syik nak mengaruk lagi nak naik train kecik.. hihi


Alhamdulillah.. ini semua rezeki anak-anak ummi.. Ummi dan Babah hanya menumpang sahaja..



Ummi yang baik..
Azlinajaya


Thursday, September 22, 2016

Pulut Kuning Untuk Hari Lahir Adik


Assalammualaikum...

Alhamdulillah pada tanggal 10 September 2016 anak ummi da genap 3 tahun.. Allah berikan kesihatan yang baik untukmu nak.. Demam sikit2 tu tak per la semua tu untuk uji kesabaran ummi dan babah.. Kami terima janji kamu ada di sisi kami..

Sempena hari lahirnya yang ke 3 jatuh pada bulan Zulhijjah 2 hari sebelum Raya Haji jadi tahun ni takder kek mahal2.. Ummi da niat buatkan pulut kuning untuk anak teruna ummi ni.. Takde niat lain selain memohon kerahmatan dari yang Esa., 

Adik ngan kek pulut kuning.. tengah2 tu serunding..

Ummi dan Babah doakan adik ( Muhammad Daiyan Durrani ) sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, mudah terima ilmu, jadi anak yang soleh pada ummi dan babah, taat pada agama. Jauh mana pun adik merantau nanti doa ummi sentiasa mengiringi adik.. Ummi sayang adik sangat3!! Terima kasih kerana menceriakan hidup ummi, babah dan abang. We love u Adik!!

Alhamdulillah Raya Haji tu siap jugakla pulut kuning untuk anak ummi.. walaupun takde pengukus ummi berusaha jugak godek2 periuk, kuali kat dapo tu untuk jadikan pengukus.. boleh jer pakai periuk nasi tapi macam tak best je.. hihihihi... 

Ni 1st time jugak aku buat pulut kuning ni.. Alhamdulillah cantik kejadiannya. Da ada hero haruslah ada heroin nyer jugakkan.. Jadi aku buatkan rendang daging sebagai pelengkapnya.. Kat sini aku just kongsikan ikot bahan dan cara aku tak copy dari mana2 blog.. Semua aku tanya mak aku.. Semoga mak diberikan kesihatan yang baik untuk tunjuk ajar aku lagiii.. Kalau korang nak ikot cara aku dipersilakan aku halalkan... Semoga ilmu kita berpanjangan.. bagiler kredit sikit kat aku yer.. hihihihi nak jugakkkkkk... hiks!

Pulut Kuning 

Bahan-bahan:
1 kg beras pulut
1 keping asam keping
Santan
Garam 
Daun Pandan
Air
Serbuk Kunyit

Cara-cara:
1. Basuh beras pulut kemudian campurkan air, serbuk kunyit, asam keping dan hero kita beras pulut. Rendam semalam. Tujuan penggunaan asam keping adalah untuk bagi pulut kelihatan berkilat.

2. Selepas semalaman toskan beras pulut. Panaskan periuk pengukus. Masukkan beras pulut dan daun pandan yang telah di toskan ke dalam loyang.

3. Bila air periuk pengukus da mengelegak, masukkan loyang beras tadi ke dalam pengukus dan kukus selama 1 jam.

4. Sementara itu, bancuh santan bersama garam. Selepas 1 jam, keluarkan pulut tadi dan masukkan ke dalam bekas bancuhan santan tadi. gaul sehingga rata. 

5. Masukkan semula pulut tadi ke dalam pengukus untuk 1 jam lagi atau sehingga masak. Siap!


style aku kukus.. tiada pengukus.. asal boleh!!

Rendang Daging

Bahan-bahan :
1kg Daging
1/2 kg Santan
Daun kunyit
Kerisik

Bahan Tumis :
Bawang merah
Bawang putih
Cili kering 
Cili padi (sikit je)
Halia
Kunyit
Lengkuas
Serai

Cara-cara :
1. Blenderkan semua bahan2 untuk menumis tu.. Maafla aku tak pandai nak buat anggaran bahan. pandai2 korang la yer..

2. Tumis semua bahan yang telah diblend tadi.. tumis sehingga pecah minyak.. 

3. Masukkan air asam jawa, garam, gula secukup rasa. Kemudian masukkan daging gaul2 sekejap bagi daging mesra dengan rempah ratus. Kemudian masukkan air. Bajet2 untuk empukkan daging.

4. Bila daging da empuk sikit, air pun da kurang masukkan kerisik, santan dan taburkan daun kunyit yang telah diracik.. 

5. Masak sehingga kering.. Kalau jenis suka berkuah jgn kasi kering sangat. Pandai2 la yer ikot selera masing2.. Rendang daging ni kalau masak lagi lama lagi sedap.. 

6. Pastu korang rasa la dulu masam masin manis pedas dia.. kalau da ok tgk plak daging tu empuk ke tidak.. kalau empuk dah siap la tu kalau belum korang biarlah lama sikit.. kang tertanggal plak gigi tetamu makan daging keras berdentung tu.. hiks.. Sedia untuk dihidang.. (Gambar da siap tak sempat nak amik.. kelam kabut nak balik rumah mertua..)


daging perap..


Tak susah mana pun nak memasak ni.. Cuma mood tu kadang2 terbenam ke dasar laut tu yang payah.. hihihihih tak masak kang lapo pulak laki ngan anak-anak.. ye tak ibu2 sekaliann.. hihihihi

Selamat mencuba saiyang-saiyang sekalian.. 




Salam Zulhijjah,
Azlinajaya










Friday, September 09, 2016

Merdeka Malaysia ke 59


Assalammualaikum

Entry yang lepas aku ada cerita tentang raptai perbarisan kan? Kat sini . Harini aku nak cerita tentang harijadi nya pulak.. Eh! bukan tiup-tiup lilin tau.. maksud aku hari betul-betul Merdeka tu 31 Ogos.. hihihihi

Team KDNKA
Selepas macam-macam kejadian yang berlaku masa raptai penuh tu.. Dapatlah post mortem dalam group Whatsapp.. teguran dari pihak atasan untuk penambahbaikan.. Alhamdulillah dari post mortem tu kitaorang dapat tudung kaler putih FREE weiiii.. Ariani lagik.. hhahaha ini semua disebabkan tiada keseragaman kaler serta bentuk tudung.. huntung la wei.. leh simpan nanti ada meeting tak yah susah2 nak cari tudung.. kakakaka Terima Kasih pihak penaja yang baik hati..

Tudung Baru..
Malam tu aku tidur di rumah mertua aku sebab nak senang naik lrt.. kalau nak bawa kereta kesian plak kat anak-anak aku nak menapak.. Aku kena ada di Dataran jam 6.30 pagi.. So lepas solat subuh sepantas kilat aku nak kejar train. aku sampai kat dataran lebih kurang jam 6.15 pagi Dataran da penuh weiiii... tak balik agaknya dorang ni.. haishhh

Pagi tu kebanyakan kawasan di sekitar Kuala Lumpur hujan. Termasuk Dataran. tapi tak la selebat di kawasan lain. Sarapan pagi tu nasi goreng dengan air mineral. Apa? Teh tarik? Nak teh tarik g beli kat cafe Dayabumi nun.. Hamboi kekwat! hiks

Masa ni ada wow factor kat tgh2 Dataran
7.30 pagi kitaorang da masuk barisan.. tapi dok melangut jugak la nak tunggu turn.. kalau yang duduk betul-betul kat Dataran memang akan nampak persembahan abang-abang askar and polis buat lakonan.. best wooo!! pomm sana bengg sini dengan kereta polis helikopter polis lagik.. rugi tak tengok.. Aku lah di antara orang yang rugi ituuuu.. huhuhu

8.45 pagi kitaorang pun berarak ke Dataran.. Nampak la Datuk Lee Chong Wei ngan atlet yang menang Olimpik Rio atas bas utk berarak tu.. time ni tak dan nak kluar snap gambo bagai.. silap kang tergolek kat depan tu.. hihihi.. Sampai je laluan yang betul kena senggih sampai nampak gigi sambil lambai2 jalur gemilang yang dorang bagi tu.. Lalu la depan Royal Box tu nampaklah Agong PM dan menteri2 Malaysia.. kikiki.. dan teruskan perjalanan hingga ke Sogo. Eh bukan sogo tau tapiii....

Huish!! orang yang dah biasa buat perarakan ni mmg cakap tahun ni lebih ramai daripada yang biasa.. memang pun!! aku yang 1st time join pun sesak.. Barisan kitaorg sepatutnya ada 8.. sampai jer dekat DBKL barisan ntah ke mana sebab jalan semakin sempit.. da bertabur jadinya.. tapi tetap jalan jugak.. Yang tambah sesak nye, sepatutnya pitstop kitaorang kat Sogo.. tapi terpaksa terus sampai ke Pertama Complex sebab tak blh nak stop orang ramai sgt.. pergh!! penangan aku masuk Perbarisan kot.. kakakaka Perasan!!!!

Da abis perarakan.. nak g jumpa anak2 kena ikot jalan blkg.. depan dah sesak!!
Okaylah kengkawan.. sori entry Merdeka ni lambat sikit.. jom layan gambar glamer akak yang tak seberapa ni.. hiks

Akhirnya jumpa family saya!! TQ for your support!! 





Yang chomel berbaris,
Azlinajaya

Thursday, September 08, 2016

Anak aku nak sekolah dahh...


Assalammualaikum...

Alhamdulillah.. Tahun 2017 nanti anak sulung aku da nak  masuk alam persekolahan.. Rasa macam baru jer peluk dia masih berbedung.. Uh!! Perasaan mak-mak sangat kaann... hahahaha

Aku dapat off sempena join perbarisan hari Merdeka haritu. So off pun macam tak off sebab nak setelkan urusan pendaftaran anak sulung aku tu.. Lepas sarapan berdesup la aku laki bini g opis masing-masing.. bukan kerja tapi nak amik dokumen.. bijak pandai.. surat beranak anak sepatutnya tinggalkan kat rumah ni aku g tinggalkan kat opis.. kan dah mendapat.. laki aku pulak g opis nak amik payslip.. da siap segala bagai pergilah amik gambar pulak, photostat semua dokumen.. kelam kabut la jugak sebab nak setelkan sebelum jam 2pm... nanti kalau hantar borang lambat penuh la gamaknya.. paham-pahamla sekolah gov ni.. kalau penuh kang tercampak jauh pulak.. nak ku hantar ke swasta uhuks! tersedak plak.. hiks..




Darwisy, belajar bersungguh-sungguh yer.. Ummi dan Babah hanya mampu membimbing awak ke arah kebaikan tapi yang menentukan masa hadapan awak adalah diri sendiri dan aturan dariNYA... Ummi dan babah doakan yang terbaik untuk semua anak-anak ummi yang tersayang.. Semoga abang peroleh kejayaan di dunia juga di akhirat. We love u So much!! Maafkan ummi and babah jika ada salah silap dalam membentuk jatidiri kamu wahai anak.. senafas yang ku hela di bumi Allah ini tidak sekalipun ummi melupakan kamu.. I LOVE YOU Muhammad Daiyan Darwisy.


ummi yang syahdu,
Azlinajaya

Friday, September 02, 2016

Raptai Perbarisan Merdeka ke - 59


Assalammualaikum..

Alhamdulillah Malaysia telah mencapai Kemerdekaan yang ke - 59. Semoga Malaysia dan rakyatnya sentiasa di bawah rahmatNya. Sambutan Merdeka tahun 2016 ni saya telah ambil bahagian dalam acara perbarisan mewakili Jabatan KDNKA untuk kontijen PERKEP Malaysia. PERKEP Malaysia ini adalah Persatuan Keluarga Polis DiRaja Malaysia. 

Aku start raptai dari 27 Ogos 2016 sehingga harijadi iaitu 31 Ogos 2016 di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Dah lama rasanya aku tinggalkan aktiviti kawad kaki ni.. 1st day join tu blh tahan jugak krem kaki ku ini.. tangkap betis betul la.. sampai arini blh terasa kepenatan dier lagi.. tak selalu eksesais gini la jadinya.. padan muka!! kahkahkah

Day 1st 
Kitaorang start kawad dari Kompleks Dayabumi sampai la depan Sogo. jauh kan? tapi kalau jalan lenggang kangkung aku rasa tak de la sakit kaki sangat tapi ni dalam perbarisan. korang tau la nak kena jaga line la.. da la aku  ni rendang nak kena langkah beso plak nak kejar orang depan. tak ke haru tu.. HAri pertama kitaorang pakai Tshirt rasmi PERKEP Malaysia.. kaler pink gitu.. suuwwiittt... hihihi

Day 2

Sahabat NCT Taiping
Hari ke-2 kitaorang diberi tshirt Merdeka yang ditaja oleh PDRM.. Kaler hijau pulak.. I like! Orang bagi free kan sapa tak suka ye dak?.. kihkihkih.. Hari kedua ni sempat la berjejak kasihan dengan ex kolej aku masa kat Taiping dulu.. Tapi kami berbeza darjat.. aku hanyalah semut merah... huhuhu.. Seronok tengok kawan2 berjaya ni.. Mana tau lepas ni rezeki aku plak kan.. kehkehkeh..






Masa raptai ni la yang macam2 kejadian berlaku.. kelakar je.. ada yang tapak kasut tercabut.. da balik jalan berkaki ayam.. kikiki.. yang pakai tumit tinggi plak.. da mengengkang jalan nyer.. aduhai.. macam2 kejadian.. kikiki aku tukang gelak je.. jahatkan aku.. kahkahkah.. Untung kalau datang raptai penuh ni.. kita blh bergambar tgh2 jalan.. kalau harijadi dah penuh orang.. pantang berganjak sikit orang da tolak2..  moh ler layan gambar2 raptai ni.. gambar harijadi akan menyusul kemudian ~~~~


raptai penuh

geng Bakat  

cer cari mana aku.. hiks!

gemok is ohsem!! hahaha






Thursday, August 25, 2016

Cheesekut Strawberry


Assalammualaikum 


Harini saya nak kongsi resepi senang mudah kebaboom!! Saya buat resepi ni sempena potluck kat opis haritu.. jadi harini baru berkesempatan nak buh kat sini.. moga-moga apa yang saya kongsi ni boleh dijadikan panduan untuk saya dan kengkawan semua dikendian hari.... insyaAllah...

Bahan-bahan tak susah pun nak cari cuma ada stok ngan tak de je.. saya cari semua dekat pasaraya Hero Sg Besi je.. Alhamdulillah semua cukup. 




Bahan-bahan :
- beberapa keping biskut deluxe (ori ye jgn sayur plak..)
- 250g cream cheese
- 1 kotak kecik susu segar 
- 1/2 tin susu pekat
- sedikit milo @ nestum @ oreo (ikot suka)
- buah strawberry utk hiasan


Moh ler teman ajar cara untuk buatnya.. moga senang dihadam yer..  :D





Langkah pertama : Masukkan setengah tin susu pekat dan 250g cream cheese ke dalam mangkuk adunan. kalau suka manis boleh tambah susu tu. Bagi saya setengah tin tu pun dah cukup manis.. kalau kurang rasa manis juga sila buat dengan senyuman insyaAllah tambah manis.. cia..cia..cia...




Langkah kedua : putar sehingga kembang adunan tadi. kalau tak da mixer boh jer dalam blender tu.. tapi makesure bersih dari rasa cili ka bawang ka.. kang tak pasal-pasal jadi cheesekut perisa pedas plak.. okay pas adunan da kembang masukkan sikit susu segar tadi dalam 4 sudu. susu ni boh sikit jer nak bagi adunan tak pekat sangat.




Langkah ketiga : tuangkan balance susu segar tadi dalam mangkuk. saya guna pinggan ikea yang warna warni tu. celupkan biskut terbalik-balikkan dalam 8 saat gitu. JANGAN bagi kembang yer. kang susah pulak nak angkat nyer. sekejap je.. pastu susun dalam bekas.




Langkah keempat : susun biskut molek-molek, pastu letakkan adunan cream cheese tadi. ikot korang la nak letak banyak ke sikit ke. tapi jangan le nipis sangat lapisan cheese tu. kedekut pulak nanti orang kata!! hihihi




Langkah kelima : selesai layer cheese tadi kita taburkan pulak milo ka nestum ka oreo ka.. ikot selera masing-masing. saya letak milo sebab tu jer yang ada kat rumah. hiks! lepas tu buat layer seterusnya ikot langkah sebelum ni. celup susun cheese milo celup susun cheese milo sampaila habis....

TADAAAA!!!!!


Langkah akhir : Langkah terakhir adalah hiasan. disebabkan adunan ni dah penuh dengan kemanisan jadi saya buh strawberry sebagai hiasan. jadi ada rasa manis dan masam. Balance!  Untuk hiasan terpulang pada empunya tukang buat. nak hias boleh tak hias pun boleh. dah cakap tadikan ikot tekak masing2. Alhamdulillah siap da cheesekut strawberry saya. 


Selamat Mencuba sayang-sayang sekalian.



Thursday, July 28, 2016

Terengganu Darul Iman - part 2


Assalammualaikum



hari kedua berada di Kuala Terengganu ni takde aktiviti yang menarik pun kitaorg buat.. Almaklumlah hari Jumaat kan Terengganu cuti so kalau nak shopping pun tak banyak pilihan kedai.. jadi kitaorg teman anak2 mandi kolam je.. sesi meggelapkan kulit.. hahaha


smtra nak tunggu yang lain siap bagi dulu anak2 ni makan..


sepanjang berada di KT ni kitaorg sarapan luar hotel.. abang aku lupa nk amik breakfast sekali.. hazabnyer la oii nak cari kedai yang buka pepagi Jumaat ni.. sampai ke area kilang2 sana kitaorg cari.. last2 decide beli nasi lemak bungkus makan kat pantai batu burok.. aduh2..





da siap makan kitaorg berjemur kat tepian pantai tu.. banyak aktiviti utk anak2 kat sini.. untuk dewasa kurang sbb musim tengkujuh kot aktiviti pantai takde.. ombak memang besar giler..  kakak ipar aku rajin melayan budak2 habis semua dia angkut naik kereta kuda.. hihihihi


hari ke3 sebelum balik KL.. check out hotel kitaorg terus g kedai lempeng yg fofular kat KT ni.. orang kata kalau da sampai sini kalau tak g sini rugi.. moh ler kita terraaiii... 


belakang tu tempat makan.. 


kitaorg singgah sarapan dekat kedai lempeng kalau tak silap area Rusila sinun.. tepi jalan je n ada papan tanda besar.. lupa plak nak amik gambo sibuk kejar anak da berlari kluar dari kereta.. masa kitaorg sampai tu tak ada org lagik, baru je nak letak punggung.. eh!! dari mana makhluk ni tetibe da riuh kat belakang aku.. 


kitaorg amik makanan berat terus sebab nak teruskan perjalanan jauhhhh... makan nasi putih n lauk.. bagi aku sama je rasanya.. tk tau la tekak org lainkan.. tapi da kata kedai lempeng wajiblah order lempeng dier.. blh tahan sedap jugak cicah plak ngan kari.. jgn tanya mana gambar tak sempat nk kluar kamera dah tggl pingggan.. ngeh3.. harga aku rasa standard kot sbb akak ipar aku yang belanja.. TQ akak.. nanti blanje lagi.. ahaks!


jalan blkg sikit dr tmpt mkn da jumpa laut

best nyer kedai ni betul2 dekat ngan pantai.. jalan kebelakang sikit je da nampak pantai.. tapi tak leh turun musim tengkujuh kan.. tak silap aku masa aku g ni ada budak tahfiz lemas kat area KT ni tapi bukan kawasan sini la.. 

Masjid Kristal KT


pastu kitaorg patah balik nak g Masjid Kristal n monumen2 tu.. wahhh kalau dari luar da cantik dalam apa lagi kan.. monumen tu kitaorg tak masuk pun.. Mahal!! tak per la nanti kita g tempat yg betul2 punya.. hihihi.. nak sedapkan hati.. 

dah siap2 solat zohor semua beli jajan2 utk kudap2 dalam kereta kita terus la pulang ke pangkal jalan. cuti sudah habis bro!! 




love;
cukamanis